DIZALIIMI

DIZALIIMI

ARTIKEL TERKINI

Saturday, September 28, 2013

NASIHAT UNTUK ANAKKU

Wahai anakku,
Sentiasalah berlapang dada dengan teguran seseorang padamu, kerana setiap teguran akan menjadi permata yang sangat berharga seandainya kamu menerimanya sebagai satu nasihat. Seandainya kamu tidak melakukan apa yang dinyatakan itu, maka jadilah ia pedoman masa depanmu, dan sekiranya nasihat itu benar, ambillah ia sebagai sesuatu yang bernilai.

Wahai anakku,
Suatu hari Khalifah Umar al-Khattab keluar bersama al-Jarud bin al-Abdi. Tiba- tiba muncullah seorang wanita tua, memberi salam kepada Saidina Umar, lalu salamnya dijawab oleh Saidina Umar. Wanita itu memohon agar Saidina Umar memperlahankan perjalanannya bagi memberi peluang ia berbicara dengan Saidina Umar.

"Wahai Umar aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar sewaktu kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga kamu dikenali dengan panggilan Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah SWT mengenai hal rakyatmu…”

Mendengar kata-kata wanita itu, lalu al-Jarud bin al-Abdi menegur wanita itu, "Kamu telah lama bercakap-cakap dengan Amirul Mukminin wahai wanita tua."

Mendengar kata- kata itu, Saidina Umar menegur al-Jarud, “Kenalkah kamu siapa wanita ini. Inilah Al-Khaulah binti Hakim. Biarlah dia berbicara, kerana Allah mendengar aduan dan bicaranya, sesungguhnya Umar lebih layak mendengar kata-katanya."

(Aduan al-Khaulah didengari oleh Allah sehingga turun wahyu surah al-Mujaadalah – surah ini mengandungi 22 ayat : "Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."- Surah al-Mujadalah : ayat 1)

Wahai anakku,
Ambillah kisah ini sebagai suatu panduan bagimu, kerana engkau tidak sebaik Umar al-Khattab dan jauh daripada al-Khaulah yang aduannya dijawab oleh Allah. Namun kemuliaan itu akan tetap ada pada sesiapa sahaja, selagimana ia sedia berlapang dada dengan nasihat dan teguran.

Wahai anakku,
Syaitan akan berusaha agar engkau memandang rendah kepada mereka yang menegurmu, tambahan pula andainya yang menegurmu itu lebih rendah darjat dan ilmu darimu. Awasilah kesombongan dan egomu, kerana mereka yang sombong tidak akan mendengar segala teguran, apa lagi untuk menerimanya.

Wahai anakku,
Engkau akan selamat selagi mana kamu menyedari hakikat ini. Bersabar sedikit dari kesakitan di dunia ini, kerana kesakitan dan deritanya tidak kekal. Sedang akhirat yang akan kamu tempuhi adalah alam yang lebih baik dan lebih kekal. 

Tuesday, September 17, 2013

Kisah Bilal bin Rabah selepas Rasulullah SAW wafat..

Selepas Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah Bilal Ibnu Rabbah r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam . Ini gara-gara kerana beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu ketika, waktu Saidina Umar menjadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihiasi suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

Dalam satu riwayat menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata kesayangan Rasulullah tu erat erat. Diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. Oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seakan-akan hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka terus menangis kerana perasaan rindu yg teramat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW.. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut..

Monday, September 16, 2013

AL-KISAH TEMUDUGA PEMBANTU PEJABAT

Sukri sedang menggangur dan pergi ke kota mencari pekerjaan. Setibanya di kota, Sukri membeli sebuah akhbar dan mula mencari kerja. Terdapat satu syarikat besar berdekatan dengan rumah sewa kawannya ingin mencari pembantu syarikat.

Ketika ditemuduga, majikan menyuruh Sukri melap tingkap dan menghantar surat ke satu tempat berdekatan sebagai ujian.

Selesai dua tugas itu dengan cemerlang, majikan terus memberitahu Sukri bahawa beliau telah digaji.
“Ada emel tak?” tanya majikan itu.

“Maaf. Saya tidak pernah miliki komputer. Oleh itu saya tiada emel,” jawab Sukri.

“Maafkan kami. Jika kamu tak ada emel bermaksud kamu tak layak. Dan disebabkan itu kamu tidak boleh menggaji kamu,” kata majikan tersebut.

Sukri meninggalkan temuduga itu dengan perasaan penuh hampa. Di dalam poket Sukri hanya ada RM10.

Dalam perjalanan balik ke rumah sewa kawannya, Sukri telah pergi ke pasaraya dan menggunakan semua duitnya untuk membeli bawang yang dijual pada harga diskaun.

Guni bawang itu kemudian dibawa Sukri dan dijualnya pintu ke pintu. Sukri buat tanpa fikir kerana inilah jalan terakhirnya.

Tidak disangka setelah 3 jam berusaha, Sukri telah berjaya menjual semua bawang yang dibelinya dan mendapat hasil RM50.

“Aku boleh hidup macam ini… kalau aku rajin buat tiga empat kali setiap hari, aku boleh hidup,” bisik Sukri di hatinya setelah melihat kejayaannya untuk untung RM40.
Bermula daripada hari itu, Sukri terus berusaha dan duit yang ada di tangannya telah berlipat ganda.

7 tahun kemudian, Sukri kini menjadi pembekal makanan terbesar di negerinya. Dengan duit yang ada, Sukri kini ingin melabur untuk kesejahteraan masa depan keluarganya.

“Abang ada emel?” tanya Norhayati seorang broker insuran dan hartanah.

“Tak ada,” jawab Sukri dengan selamba.

“Abang tak ada emel, dan abang mampu membina bisnes sehebat ini. Bayangkan apa yang abang dapat capai sekiranya abang ada emel,” kata Norhayati lagi.

Sukri memikirkan soalan Norhayati sejenak lalu bersenyum…

“Kalau saya ada emel, kini mungkin saya sekarang ini hanyalah seorang ofis boy,” kata Sukri sambil ketawa yang tidak difahami Norhayati.

Wahai anakku,
Yakinlah bahawa Allah telah menetapkan rezekimu, dan asalkan kamu rajin dan berusaha, sesungguhnya tiada jalan buntu di dunia ini.

Monday, September 2, 2013

KISAH DISEBUAH RESTORAN MAHAL

Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

→Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

→Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

→Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

Sunday, September 1, 2013

GAMBAR : KELUARGA BAHAGIA AARON AZIZ & DIYANA HALIK

Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang lelaki selain daripada mempunyai isteri dan anak-anak yang sentiasa di sisinya. Aaron Aziz pastinya seorang suami yang bahagia kerana memiliki keluarga yang nampak sempurna.
Ternyata setelah membintangi pelbagai filem box-office termasuk KL gangster dan Ombak Rindu, populariti Aaron Aziz makin menyerlah sehinggakan ramai peminat yang gilakan Aaron Aziz ni.
Semoga keluarga mereka akan kekal bahagia selama-lamanya. Sama-samalah kita doakan ye.

JANGANLAH BANG, NANTI ORANG NAMPAK



Kes perempuan diraba....dan kes lelaki meraba... (Ade ker kes lelaki diraba? he he) Selalu berlaku di negara Malaysia nie.....Negara Islam yang menjadi contoh teladan Pak arab dalam bab-bab kemajuan... Tapi nasib baik depa tak tiru perangai anak muda kita nie yang suka meraba.... Yang perempuan pulak pun satu.... Kenapa di bagi?

Tak bagi? ok...ok.... Percaya...percaya.... Ermm....ramai yang cuba menghalang...tapi tak berdaya.... Sebab alasan sumer sama... "Jangan la bang....nanti orang nampak..." Ni la selalunya ayat skema yang selalu disebut... Si peraba.....ape lagi...carik je la kawasan orang tak nampak.... Nak bagi alasan ape pulak? Hmm.... Salah tu! Salah!... Ni mungkin caranya....

Bagi yang selamba rock tak kisah kat sape-sape....Bagi ayat tegas macam nie...
"Kalau U raba I lagi...U dayus! U bodoh macam (sibut) babi! Kalau dah sama dengan haiwan tu... Takkan nak kapel lagi kan....I nak kapel dengan manusia...bukan si (siput) babi....Salam babai tabik spring la!" 

Kalau yang lemah lembut sikit...
"Jangan la sentuh-sentuh.... Kalau tak kita clash jer... banyak lagi lelaki sopan kat dunia nie.. Ni bukan main-main tau... Kalau nak break sesangat....cubalah..." [sambil senyum.....hehe]

Kalau yang lagi sopan....
"Jangan la sentuh bang.... Tangan U jijik la...Kotor dengan dosa! Baik U jadi imam masjid dalam 20 kali dulu....Imam solat subuh tau... Bukti yang U mampu jadi suami I...lepas tu baru la kita kahwin... Haa....masa dah kahwin...baru I kasi..:)"

Kalau jenis yang tak makan saman....
" U sentuh lagi sekali.... Siap! I report sama U punya bapak...dan I punya bapak... Memang sah kita takkan kawin... Oleh sebab dah tau kita takkan kawin...babai!"

Kebanyakan dialog aku cadangkan CLASH kan.....sebab buat apa nak bersuamikan lelaki yang awal-awal dah menunjukkan contoh yang tak baik? Pilih la dengan waras dan untuk masa depan... Kekayaan bukan menjamin kesenangan dan keberkatan hidup.... Kebaikan dan kesucian agama lagi penting...Tu pun kalau si pempuan betul-betul nak jaga kesucian diri depa la kan.... Tu atas kehendak korang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...